about gallery entry

Kelab Pelaburan Bijak SMKDPB

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera. Selamat datang ke blog rasmi Kelab Pelaburan Bijak SMKDPB. Segala maklumat dan pencapaian akan dikemas kini disini. Terima kasih.

Kuiz Pelaburan Bijak

Piala Kemenagan Kuiz Pelaburan Bijak

Minggu Saham Amanah Malaysia ( MSAM ) 2012
Wednesday, June 13, 2012 | 8:16 AM | 0 comments

SaLam 1 MaLaYsiA

27, 28, dan 29 April 2012 
Kota Kinabalu, Sabah


"Pelaburan Untuk 1 Malaysia" merupakan tema MSAM pada tahun 2012 yang berlangsung di Kompleks Sukan Kota Kinabalu, Sabah bermula pada 20 April hingga 28 April 2012.  MSAM 2012 telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ke-6. Objektif MSAM dianjurkan adalah untuk memberikan maklumat dan input mengenai pelaburan dan perancangan kewangan kepada masyarakat untuk lebih bijak mengurus kewangan mereka serta  melahirkan lebih ramai lagi PELABUR BIJAK dalam kalangan rakyat Malaysia.  

27 April 2012, Jumaat
Guru penyelaras kelab PNB, Pn. Norizah binti Abd Karim telah mengiringi empat orang pelajar iaitu Mohd Iqmal, Mohd Izwan, Noor Erra Amira dan Siti Syairah. Mereka telah menaiki kapal terbang Air Asia jam 12.45 tengah hari. Perjalanan ini telah mengambil selama 2 jam 45 minit untuk tiba di Kota Kinabalu. Mereka telah menginap di hotel Promenede, Kota Kinabalu. 

28 April 2012, Sabtu
Pergi ke Pusat MSAM PNB 2012 di Stadium Likas dengan perjalanan mengambil masa selama 20 minit dari tempat penginapan. Penumpang pengangkutan awam seperti bas dan teksi tidak dikenakan caj tambang kerana semua tambang telah ditanggung sepenuhnya oleh MIDF. Pada hari terakhir MSAM, pameran sesak kerana dipenuhi pengunjung di tempat pendaftaran. 

29 April 2012, Ahad
Pada jam 12.45 tengah hari mereka bertolak balik. Sebelum bertolak pulang mereka telah berjalan-jalan di sekitar bandar Kota Kinabalu untuk membeli cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan.






/