about gallery entry

Kelab Pelaburan Bijak SMKDPB

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera. Selamat datang ke blog rasmi Kelab Pelaburan Bijak SMKDPB. Segala maklumat dan pencapaian akan dikemas kini disini. Terima kasih.

Kuiz Pelaburan Bijak

Piala Kemenagan Kuiz Pelaburan Bijak

Hari Kelab Pelaburan Bijak PNB 2012
Monday, June 11, 2012 | 9:02 AM | 0 comments
SALAM 1 MALAYSIA

Alhamdulillah, sambutan Hari Kelab Pelaburan Bijak PNB 2012 yang diadakan di SMK Dato' Penggawa Barat daripada 17 hingga 18 Februari 2012 berjalan dengan lancar dan jayanya. Sempena dengan hari tersebut, sekolah kami telah mendapat anugerah sebagai Anugerah Khas Kecemerlangan kepada SMK Dato' Penggawa Barat yang berjaya menggondol pelbagai program anjuran PNB, sekali gus menerima piala khas dan insentif berjumlah RM20,000.Lima buah sekolah telah menerima Anugerah Kecemerlangan Kelab Pelaburan Bijak PNB 2011 iaitu SMK Dato' Penggawa Barat, Pontian; SMK Nenasi, Pekan; SMK Abaka, Tawau serta SMK Batu 10, Manjung dan SMK Alor Pongsu, Krian.

Sebahagian wang kejayaan kuiz dan sumbangan yang kami terima, kami salurkan kepada bagi meningkatkan lagi kecerian sekolah menjadi lebih kondusif. Terima kasih kepada pihak PNB. Dengan sumbangan tersebut kami sebagai warga SMKDPB menjadi lebih cemerlang.

Majlis Perasmiannya disempurnakan oleh Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman serta dihadiri oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri, Tuan Md. Hasidin Zaini; Pegawai Pelajaran Daerah Pontian, Tuan Msduki Shahri dan Pengetua SMK Dato' Penggawa Barat, Tuan Haji Hashim Bin Mohd Dom.

Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang hari kelab telah berlangsung selama dua hari. Antaranya ialah ceramah motivasi, seminar dan bengkel perancangan kewangan, pameran serta jualan. Yang menariknya, setiap pengunjung yang datang, akan diberikan hadiah misteri berdasarkan kumpulan cop yang diperoleh dari gerai-gerai pameran untuk dibawa pulang bersama.

JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA PIHAK YANG TERLIBAT KHUSUSNYA PIHAK PNB DAN PARA PENGUNJUNG YANG HADIR .








/