Kelab Pelaburan Bijak SMKDPB
Kuiz Pelaburan Bijak
|
MESYUARAT HARI KELAB PELABURAN BIJAK PNB 1
Friday, February 10, 2012 | 9:24 AM | 0 comments
SALAM ~ KHAMIS, 2 FEBRUARI 2012 Semua ahli KPBPNB SMKDPB diminta berkumpul di dewan selepas masa perhimpunan tamat. Kami mengadakan perjumpaan pada hari ini ialah untuk merancang dan membincangkan segala aktiviti, persiapan, susun atur acara yang akan dilaksanakan pada Hari KPBPNB nanti. Pada permulaan perjumpaan, sedikit taklimat dan penerangan daripada Puan Norizah Bt. Abd Karim, guru penyelaras KPBPNB SMKDPB mengenai dengan Hari KPBPNB. Setelah taklimat, ahli kelab diberi masa sehingga waktu rehat sekolah untuk berbincang tentang aktiviti mengikut AJK masing-masing yang telah ditetapkan dengan bimbingan Puan Norizah Bt. Abd Karim dan Cik Marlia Bt. Awang mesyuarat dimulakan dengan taklimat ringkas mendaftar ahli - ahli baru KPBPNB SMKDPB ke laman web KPBPNB |