about gallery entry

Kelab Pelaburan Bijak SMKDPB

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera. Selamat datang ke blog rasmi Kelab Pelaburan Bijak SMKDPB. Segala maklumat dan pencapaian akan dikemas kini disini. Terima kasih.

Kuiz Pelaburan Bijak

Piala Kemenagan Kuiz Pelaburan Bijak

2011 menutup tirai, 2012 membuka buku baru
Thursday, January 26, 2012 | 6:15 AM | 0 comments
SALAM

 
Alhamdulillah ~ lagi setahun kita telah lalui. 2011 telah pon bertemu detik akhirnya . Banyak peristiwa suka duka, pahit manis, senang susah dan macam-macam lagi kita lalui bersama-sama ahli KELAB PELABURAN BIJAK PNB demi menaikan nama KPBPNB, PNB, SEKOLAH dan beberapa lagi pihak di mata rakyat Malaysia. 

Di sini ringkasan aktiviti yang kita jalankan sepanjang sesi 2011 :

Pada perjumpaan pertama, iaitu pada awal tahun lagi kita telahpun berjumpa dengan ahli kelab yang baru majoritinya daripada pelajar tingkatan 4 aliran sains teknologi. kita adakan Mesyuarat Agung di mana kita melantik AJK baru. Kemudian, kita adakan Gotong royong membersih dan menceriakan bilik operasi KPBPNB serta mlengkapkan papan maklumat KPBPNB dan juga melukis mural. Bermula dari Januari lagi kami telah membuat Persediaan untuk Kuiz Pelaburan PNB. Persediaan ini berjalan sepanjang Januari hingga Ogos.

Februari 16, SMKDPB mendapat kunjungan daripada Pegawai PNB seramai 3 orang pegawai yang membincangkan mengenai keberkesanan penubuhan KPBPNB, cabaran dan usaha untuk memperkasakan lagi dalam kalangan pelajar-pelajar.

Mac 4 bertempat di Palace of the golden Horses berlangsungnya Majlis Pelancaran Kuiz Pelaburan PNB tahun 2011 sempena penyerahan piala pusingan kuiz Pelaburan setelah 3 tahun berturut menang dalam Kuiz Pelaburan PNB.

Mac 10, Pertandingan Kuiz Pelaburan PNB (ujian bertulis) Serentak Seluruh Malaysia diadakan dan sekolah kami menghantar 3 orang wakil pelajar untuk pertandingan ini. Alhamdulillah, keputusan daripada pertandingan kuiz tersebut, wakil kami berjaya dan layak ke peringkat negeri.

Mac 30, julung kali nya kami mengadakan Majlis Apresiasi  Kecemerlangan KPBPNB SMKDPB yang dihadiri oleh 50 penerima anugerah, Wakil PNB, JPN, PPD, Warga sekolah serta Ibu bapa penerima anugerah. Majlis ini diadakan sempena 3 tahun johan kuiz PNB berturut-turut dan kecemerlangan alumni ahli kelab dalam SPM.

Pada 1 April, sekolah kami telah menjadi tuan rumah sempena Karnival Sains Negeri Johor. Oleh itu, 27 orang ahli kelab kami pilih untuk peluang mendapat latihan Keusahawanan dengan membuka Gerai jualan yang berkonsepkan Pendidikan kewangan melalui konsep jual beli, untung rugi, kos dan aliran tunai.

Pada 23 -25 April, kami menghantar 40 ahli aktif, 10 alumni dan 4 orang guru untuk pergi Ipoh, Perak untuk melawat ke MSAM 2011 bagi memberi Pendedahan Kerjaya kepada ahli kelab. Jun 30, Pertandingan Pidato KPBPNB (Negeri) diadakan dan kami menghantar seorang wakil dan keputusannya amat menggembirakan dengan mendapat Johan Negeri.

Julai amat dinanti-nantikan dengan penuh debaran dimana jadual kelab diisi dengan pertandingan-pertandingan. Julai 25, Pertandingan Pidato KPBPNB separuh Akhir (kebangsaan) diadakan dan keputusannya layak ke peringkat akhir pada 27 Julai.
Keesokan harinya, Julai 26 berlangsungnya Pertandingan Kuiz Pelaburan PNB (separuh Akhir) bertempat di Mines Wellnes hotel.

Julai 27, hari terakhir yang mendebarkan. Berlangsungnya Pertandingan Pidato KPBPNB, syukur wakil pelajar kami mendapat Tempat ke-3 (kebangsaan). Bagi Pertandingan Kuiz Pelaburan PNB (Akhir) Kebangsaan dengan wakil pelajar seramai 3 orang, kami mendapat johan selama 4 tahun berturut-turut. Kejayaan yang tidak disangkakan. Dengan ujian, tekana, usaha dan tawakal, Alhamdulillah, kami berjaya mengekalkan johan sebagai milik kami.

Pulangnya daripada berjuang, Julai 29, Majlis Apresiasi Kecemerlangan Kuiz Pelaburan (4 tahun Johan) dan Pidato KPBPNB diadakan di Dewan Sri Gemilang SMKDPB sempena meraikan kemenangan yang kami peroleh.

Ogos 12, kami mengadakan Program Ihya Ramdhan (Majlis berbuka Puasa) yang dihadiri oleh ahli aktif, guru-guru dan pentadbiran sekolah.

Nov 13, sekolah mengadakan Solat Hajat Perdana dan Doa Restu untuk ahli-ahli yang menduduki Peperiksaan SPM dan STPM dan diberi cenderahati  alat tulis sebagai kelengkapan peperiksaan.

Sekali lagi SMKDPB mendapat kunjungan lawatan buat kali ke-2 daripada Pegawai PNB seramai 3 orang pegawai bertujuan membuat  perbincangan bersama-sama pentadbiran sekolah dan guru penyelaras mengenai konvensyen PNB dan Hari Terbuka KPBPNB 9-11 feb. 2012

Begitulah sedikit sebanyak aktiviti-aktivit yang kami semua ahli kelab KPBPNB SMKDPB jalani sepanjang tahun 2011 yang lalu. Semoga 2012 yang telah kita mulakan ini menjadi titik permulaan baru ke arah yang lebih baik dan cemerlang. Insyallah ~

Mendidik dan membentuk remaja cemerlang

SMK DATO’ PENGGAWA BARAT
PONTIAN, JOHOR






/