about gallery entry

Kelab Pelaburan Bijak SMKDPB

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera. Selamat datang ke blog rasmi Kelab Pelaburan Bijak SMKDPB. Segala maklumat dan pencapaian akan dikemas kini disini. Terima kasih.

Kuiz Pelaburan Bijak

Piala Kemenagan Kuiz Pelaburan Bijak

Jom Simpan Dan Labur
Sunday, June 23, 2013 | 9:36 PM | 0 comments
   PADA 18 JUN 2013 AKTIVITI SIMPAN DAN LABUR TELAH DIADAKAN DENGAN BEBERAPA PEGAWAI ASNB . SERAMAI 183 ORANG PELAJAR TELAH MENGIKUTI AKTIVITI TERSEBUT DAN MELABUR SERENDAH RM 10 . BAGI SETIAP PELAJAR YANG MELABUR AKAN DIBERIKAN BAUCER KFC SERTA SAMBUTAN HANGAT INI DAPAT DIBUKTIKAN DENGAN BORANG PERMOHONAN TELAH HABIS.


Pelajar mengisi borang ASB dan ASN bersertakan salinan kad pengenalan.


Pelajar mengisi borang untuk melabur.


Vaucer KFC yang telah diberikan kepada pelajar yang melabur.

Pendedahan Kepada Pelajar Pentingnya Perancangan Kewangan oleh Pegawai SIDC dan Pegawai ASNB
| 9:30 PM | 0 comments
   Program ini telah mendedahkan kepada pelajar pentingnya perancangan kewangan oleh pegawai SIDC & ASNB . Selain itu , pelajar juga didedahkan tentang pengurusan kewangan yang baik dan sistematik . Program ini memberi kesedaran kepada pelajar untuk belajar menguruskan kewangan mereka dengan baik . Pihak ASNB telah membuka kaunter serta membuat promosi baucer RM10 serta KFC telah menarik minat pelajar untuk melabur sehingga borang habis .


Pegawai SIDC menerangkan tentang SIDC kepada pelajar.


Borang pembukaan akaun ASB diedarkan kepada belajar di kaunter ASNB.


Pelajar- pelajar mendengar dengan tekun semasa ceramah berlangsung.

  Ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerjasama dalam menjayakan aktiviti ini.

Perjumpaan Kelab PNB
| 9:29 PM | 0 comments
  Perjumpaan kelab PNB pada kali ini adalah untuk membincang tentang program explorace yang akan diadakan sempena hari kokurikulum pada 18-21 jun 2013 . Pembincangan ini telah diadakan lebih awal kerana para pelajar sibuk mengulangkaji pelajaran kerana peperiksaan akan diadakan pada minggu ini . 
Lawatan Sambil Belajar ke Perlis
| 9:28 PM | 0 comments
  Kelab Pelaburan Bijak SMKDPB mengadakan Lawatan dan Pendedahan Kerjaya ke Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) di Perlis pada 19 hingga 21April 2013. Lawatan ini disertai seramai 40 orang termasuk 3 orang guru pengiring. Matlamat utama lawatan ini diadakan adalah untuk menggalakkan ahli-ahli kelab membina cita-cita dan merancang kursus-kursus yang wajar diikuti selepas tamat persekolahan selari dengan bidang yang ingin diceburi.

Alhamdulillah kesimpulannya program ini telah berjalan dengan jayanya hasil sokongan daripada pelbagai pihak termasuk pihak sekolah dan pihak koperasi.
Kursus Asas Perakaunan Kewangan Kelab
| 9:27 PM | 0 comments
 Kursus ini telah mendedahkan kepada para pelajar untuk mempelajari asas perakaunan kewangan . Kursus ini telah dihadiri oleh ajk teratas kelab PNB terhad kepada 50 orang pelajar sahaja . Kursus ini ialah anjuran pihak kelab ANGKASA Kuala Lumpur . Motivasi tentang asas perakaunan ini telah disampaikan oleh En.Hasbullah .
Hak hak Sebagai Anggota Kelab
| 9:26 PM | 0 comments
  Kursus ini telah mendedahkan kepada pelajar tentang hak hak mereka sebagai anggota Kelab Pelaburan Bijak . Kursus ini telah disampaikan oleh kelab ANGKASA Kuala Lumpur . Kursus ini terhad kepada 50 orang ahli kelab PNB .  
Gotong Royong
Monday, February 25, 2013 | 9:30 PM | 0 comments
    Pada tanggal 19 Januari 2013, kelab PNB telah mengadakan gotong-royong di bilik KPBPNB. Setiap ahli telah diberikan tugas masing-masing. 

    Antaranya, terdapat AJK bertindak yang harus membuat carta-carta penting, mengemas bilik, menampal poster, menghias taman dan juga lain-lain.

    Setiap pelajar telah memberikan kerjasama yang baik. Guru telah berpuas hati dengan usaha kami.
Dana untuk Kelab PNB
| 9:26 PM | 0 comments
    Semua AJK bertindak KPBPNB telah mengambil upah untuk menggosok jubah pelajar 'perfect score' dan 'nearmiss' bersempena dengan Hari Graduasi Pelajar PMR tahun 2013.

     Aktiviti dengan hasil usaha sendiri ini dijalankan adalah untuk menambahkan dana bagi Kelab KPBPNB. Oleh itu, dana itu serba sedikit dapat disumbangkan pada sebarang keperluan kelab. 
     
Mesyuarat Agung 2013
| 9:11 PM | 0 comments
Assalamualaikum W.B.T dan Selamat Sejahtera

Mesyuarat Agung Kelab Pelaburan Bijak Permodalan Nasional Berhad SMK Dato Pewnggawa Barat telah diakan pada 9 Januari 2013 . Antara aktiviti yang dilakukan adalah pemilihan Ahli Jawatan Kuasa bagi sesi 2013 . Nama Ahli Jawatan Kuasa yg baru adalah seperti berikut :

Pengerusi : Aminnur Rusydi Bin Mohd Pairus

Naib Pengerusi : Nur Firza Shahira Binti Wari

Setiausaha : Nurzati binti Abd Rahim

Naib Setiausaha : NorFatin Izzati Binti Masturi
                                                                          Siti Syafiqah Bte Mohd Nazri

Bendahari : Farrahnajwa binti Mazlan

Ahli Jawatan Kuasa Bertindak 

AJK:
    Informasi:Noor Akmalunisak binti Abd Rashid
    Inovasi:Siti Nur Aisyah binti Mohamediah
    Blog:Elly Nadia binti Khairullah
    Ekonomi:Zaty Nur Aqilah binti Zulkarnain
    Lawatan:Nur Zaimah binti Zainal
       Siti Amirah binti Abd Mutalib
    Bilik PNB:Noor Hazirah binti Halil
     Nur Aisyah binti Mohd Salehan

Selepas pelantikan dijalankan,guru penasihat telah merangka beberapa aktiviti tahunan untuk tahun 2013.Antaranya mengadakan lawatan,mencantikkan bilik PNB,laluan PNB serta taman bunga berdekatan bilik PNB.Selepas itu,mesyuarat ditangguhkan dan diakhiri dengan bacaan Tasbih Kifarah dan Surah Al-As.
Pertandingan Kuiz Pelaburan Bijak PNB dan Pidato PNB
Monday, September 24, 2012 | 10:08 PM | 0 comments